Wednesday, January 22, 2014

Sindiket Sekolah Tahfiz Mengutip Derma

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, pada bulan Disember tahun lepas kami ada menerima wakaf sebanyak RM1,500 daripada seorang hamba Allah. Ada juga yang wakaf secara terus ke akaun sekolah sebanyak RM1,000. Tidak kurang juga yang mengeluarkan wakaf bagi pihak ibu bapa dan juga diri sendiri. Kami sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang membuka hati semua pewakaf untuk mengeluarkan sebahagian harta di jalan Allah S.W.T. Sekecil mana pun sumbangan kita ke jalan Allah tetap dipandang mulia di sisi Allah S.W.T, insyaAllah. Semoga kalian semua dikurniakan pahala wakaf yang berpanjangan walaupun sesudah meninggal dunia juga diberkati dan mendapat limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Amin.





Sindiket Pelajar Tahfiz Mengutip Derma?

Bulan lepas kami ada terima maklum balas emel daripada seorang hamba Allah. Beliau meluahkan pendapat beliau bahawa tidak elok memanipulasikan kanak-kanak untuk meminta sedekah dan mengaut keuntungan. Sebelum itu, kami ingin memohon maaf jika emel yang kami hantar ini mengganggu tuan puan. Kami cuma menggunakan sistem email blast yang membolehkan kami menghantar emel kepada semua senarai emel yang terdapat di dalam database. Jika tuan puan merasa terganggu dengan emel ini, tuan puan boleh unsubscribe dan tuan puan tidak akan menerima emel daripada kami lagi. Harap tuan puan dapat memaafkan kami sekiranya tuan puan terganggu.

Berbalik kepada topik tadi, sekolah ingin maklumkan bahawa sekolah tidak pernah memanipulasikan kanak-kanak untuk mendapat keuntungan. Ini adalah semata-mata untuk mendapatkan dana bagi membina kompleks tahfiz bagi menggantikan bangunan yang sedia ada. 

Pelajar-pelajar tahfiz ini semua mempunyai ibu bapa, (cuma beberapa orang sahaja anak yatim yang ditanggung sepenuhnya oleh sekolah). Mereka duduk di asrama cuma pada waktu persekolahan (Isnin hingga Jumaat), setiap petang jumaat akan pulang untuk bersama keluarga, kemudian kembali ke asrama pada petang ahad. Bukan seperti yang kita biasa lihat mengutip derma di restoran-restoran dan R&R. Bahkan anak-anak ini semua telah menghafaz banyak juzuk Al-Quran, tidak juga diabaikan silibus akademik seperti sekolah lain dengan harapan mereka menjadi golongan profesional yang menghafaz Al-Quran, mempunyai ilmu agama yang tinggi dan berakhlak mulia. InsyaAllah.

Jika masih ragu, jangan keberatan untuk menyemak tentang maklumat sekolah kami di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Boleh semak maklumat ringkas sekolah di SINI.

Semoga kita semua diberkati Allah, InsyaAllah.


wakaf online di www.waqaftahfizonline.com

No comments:

Post a Comment