Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang suci; diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk sekalian umat manusia; sebuah mukjizat yang kekal sehingga ke hari kiamat.
Tiada sesuatu makhluk pun yang bisa membaca, mempelajari, menghafaz serta menyebarkan isi kandungan ayat-ayat Al-Quran kecuali umat manusia.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan dianugerahkan kelebihan mulia berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain; sehingga Allah mengangkat manusia itu sendiri menjadi sebagai khalifah di muka bumi ini.
Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan di muka bumi ini seorang khalifah (yakni manusia).”
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa Al-Quran diturunkan kepada kita untuk dijadikan sebagai panduan, penyuluh hidup serta landasan syariat hakiki demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia serta di akhirat kelak.
Hal ini bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 89 yang bermaksud, “Kami (Allah) menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan menjadi hidayah (petunjuk), dan membawa rahmat serta berita gembira bagi orang-orang Islam.”
Rasulullah SAW sangat menggalakkan setiap individu yang bergelar Muslim dan Muslimah supaya membaca, menghafaz, mengamalkan dan menyebarkan isi kandungan ayat-ayat Allah.
Tuntutan dalam membaca, menghafaz, mengamalkan dan menyebarkan ayat-ayat Al-Quran ini diterjemahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik daripada kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
Maka, hasrat utama sebuah sekolah rendah Islam yang bertempat di Taman Rasah Jaya Negeri Sembilan Malaysia, dinamakan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum dalam merealisasikan sebuah pembangunan Kompleks Tahfiz Darul Ulum adalah sangat relevan.
Ini sejajar dengan tuntutan Al-Quran dan hadis yang mewajibkan kita supaya mempeajari Al-Quran dan mengajarkan isi kandungannya kepada orang lain melalui konteks pembelajaran di sebuah institusi yang bercorakkan integrasi tahfiz Islamik dan akademik semasa.
Oleh yang demikian, harapan murni kami ingin melihat sebuah kompleks Tahfiz berjaya didirikan hanya dapat direalisasikan melalui pertolongan kalian semua sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan, idea, usaha dan sebagainya.
wakaf online di www.waqaftahfizonline.com
No comments:
Post a Comment