Wednesday, April 1, 2015

Semangat Baru!

Assalammuaalaikum,




Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sumbangan orang ramai kepada sekolah, pembinaan bangunan sekolah fasa 1 telah hampir sempurna. Semoga Allah kurniakan pahala waqaf yang berpanjangan hingga hari akhirat kelak kepada pewaqaf-pewaqaf.




Namun begitu, sekolah masih memerlukan sumbangan dan waqaf untuk pembinaan bangunan sekolah fasa 2, iaitu bangunan kompleks tahfiz yang lebih besar untuk memuatkan lebih ramai pelajar. (Bangunan sebelah kiri gambar). Orang ramai digalakkan untuk meneruskan sumbangan waqaf sebagai saham akhirat, yang dijanjikan Allah pahala berterusan walaupun sesudah mati, sekiranya harta waqaf tersebut masih digunakan dijalan kebaikan seperti bangunan sekolah ini yang akan menempatkan pelajar-pelajar tahfiz, insyaAllah.




Seperti yang anda lihat pada gambar diatas, tapak bagi pembinaan bangunan kompleks tahfiz telah tersedia, namun dengan segala bantuan yang diterima, sekolah hanya mampu untuk membina satu bangunan sahaja dahulu dalam fasa 1 ini. Diharapkan saudara saudari dapat meneruskan sumbangan anda kepada sekolah. Sekolah tetap bersyukur kerana dapat memindahkan pelajar-pelajar yang sedia ada dari bangunan shoplot sekarang ke bangunan baru dengan harapan pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih semangat dalam keadaan bangunan yang lebih lengkap dan sempurna. Semoga sumbangan berterusan daripada saudara saudari dapat membantu sekolah dalam membina kompleks tahfiz ini seterusnya memenuhi permintaan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak ke sekolah tahfiz yang semakin ramai.

Untuk pengetahuan, sekolah juga memerlukan sumbangan infaq untuk pengurusan dan operasi sekolah. Diharapkan saudara dan saudari dapat membantu sekolah dalam menjalankan usaha murni ini.

Boleh layari www.waqaftahfizonline.com untuk berwaqaf secara online atau secara terus ke akaun sekolah yang berikut:

CIMB 8601074904
(SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ DARUL ULUM)

Setiap waqaf akan diberikan sijil waqaf.

Semoga kita dirahmati Allah S.W.T.


***

Sila LIKE page Waqaf Tahfiz Online untuk mengikuti perkembangan terkini sekolah. =)



No comments:

Post a Comment