Monday, April 27, 2015

Majlis pelancaran wakaf FASA 2

Majlis pelancaran wakaf FASA 2 dan wakaf pendidikan... Alhamdulillah

 

 

 











Friday, April 24, 2015

Lawatan & Sumbangan LHDN

Alhamdulillah, lawatan LHDN Seremban pagi ini... Bersama sumbangan kepada Sriidu....





Monday, April 20, 2015

Solat Hajat dan Solat Subuh di SriiDU

Program solat hajat dan kesyukuran di atas bumbung Srii Tahfiz Darul Ulum... Kesyukuran kepada Rabbul A'lamin dan jutaan terima kasih kpd para penyumbang membangunkan tahfiz ini.. Jazakallah khairan jazak... Amin.

Ustaz Abah MKhairi






Ini pula gambar semasa solat subuh pagi tadi. 20 April 2015.







Ayuh sahabat sekalian. Teruskan sumbangan waqaf untuk bangunan fasa 2 pula. 
Ayuh lahirkan golongan tahfiz yang lebih ramai, supaya bumi Allah penuh dengan khalifah-khalifah Allah yang penuh dengan kalam Allah di hati mereka.

InsyaAllah...

Thursday, April 16, 2015

Post daripada Saudari Nur Fadhlina

Ini adalah post daripada facebook saudari Nur Fadhlina.


"Alhamdulillah.....Akhirnya,
Allah izinkan hari ini 14 April 2015 Selasa, anak-anak syurga Srii Tahfiz Darul Ulum masuk ke Bangunan Kompleks Pendidikan Sriidu dengan gembira dan syukur...

TQ Allah, TQ semua yang menjayakan fasa 1 ini...terutama penyumbang dan pewaqaf.
‪#‎WaqafRM20Sebulan‬ PM saya.."


Boleh hubungi beliau untuk pertanyaan lebih lanjut tentang waqaf RM20 sebulan, tajaan bagi seorang pelajar. Juga boleh hubungi sekolah seperti dibawah:

Pejabat Akademi Darul Ulum
Alamat : Lot 1661 Jln Senawang-Paroi, Negeri Sembilan.
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi 
Nadia : 011-10622324
Ust Nazri : 019-6644320

Terima Kasih . =)



 

 







 

Wednesday, April 15, 2015

Bangunan Baru Sekolah! (Fasa 1)

Alhamdulillah.

Pada 13 April, asrama pelajar sudah siap disusun, jalan pun sudah ditar. Allah permudahkan urusan. 






Dibawah pula gambar hari pertama pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum masuk ke bangunan baru fasa 1 iaitu pada hari semalam (14 April).
Alhamdulillah, syukur pada Allah.


Terima kasih kepada semua yang sudah berwaqaf untuk anak-anak SRIIDU. Doakan urusan sekolah berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar tahfiz dapat belajar di bangunan baru dengan lebih semangat.

Saudara saudari boleh teruskan sumbangan waqaf untuk bangunan fasa 2. Semoga kita semua sama-sama kaya saham akhirat, insyaAllah! 
Takbir! =)

Wednesday, April 8, 2015

Perjalanan Baru Bermula

Alhamdulillah, Sekolah sudah boleh berpindah ke bangunan baru fasa 1. Dibawah adalah gambar pada 3 April dimana warga sekolah tahfiz sendiri bergotong royong memasang liminate floor tingkat 2 di bangunan baru Fasa 1 sekolah tahfiz. Begitulah semangat yang ada pada warga tahfiz untuk memberikan yang terbaik pada pelajar-pelajar tahfiz. Semoga dengan usaha ini dapat memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar yang sedia ada dan pelajar-pelajar yang akan datang. InsyaAllah.







Dibawah pula adalah gambar semalam iaitu pada 7 April dimana perabot-perabot mula dibawa masuk ke bangunan baru. Perasaan gembira, terharu bercampur baur diiringi lafaz syukur pada Ilahi dengan izinNya, pemindahan yg pertama bermula daripada pejabat pentadbiran Srii Tahfiz Darul Ulum Ampangan ke bangunan baru. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami... Amin