Thursday, January 23, 2014

Lawatan daripada USIM

Pada bulan November 2013 (tahun lepas), kami telah menerima kunjungan daripada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terima kasih kepada pelajar-pelajar USIM yang turut meluangkan masa menjalankan beberapa aktiviti bersama anak-anak tahfiz. Berikut adalah sedikit gambar semasa lawatan mereka. Terima kasih juga atas sumbangan dan cenderahati daripada mereka. Jazzakallahukhair.







Sepanjang tempoh lawatan ini, Dr Faiza iaitu seorang Doktor Gigi daripada USIM juga turut serta dalam program selama 2 hari di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum bagi membuat pemeriksaan gigi kepada semua pelajar. Pelajar-pelajar diberi khidmat pemeriksaan gigi, cabut gigi, menampal gigi dan juga sesi kauseling berkenaan gigi.








Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga USIM yang bertungkus lumus dalam program 2 hari tersebut. Semoga dibalas dengan ganjaran pahala dan rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah.

wakaf online di www.waqaftahfizonline.com

Wednesday, January 22, 2014

Sindiket Sekolah Tahfiz Mengutip Derma

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, pada bulan Disember tahun lepas kami ada menerima wakaf sebanyak RM1,500 daripada seorang hamba Allah. Ada juga yang wakaf secara terus ke akaun sekolah sebanyak RM1,000. Tidak kurang juga yang mengeluarkan wakaf bagi pihak ibu bapa dan juga diri sendiri. Kami sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang membuka hati semua pewakaf untuk mengeluarkan sebahagian harta di jalan Allah S.W.T. Sekecil mana pun sumbangan kita ke jalan Allah tetap dipandang mulia di sisi Allah S.W.T, insyaAllah. Semoga kalian semua dikurniakan pahala wakaf yang berpanjangan walaupun sesudah meninggal dunia juga diberkati dan mendapat limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Amin.





Sindiket Pelajar Tahfiz Mengutip Derma?

Bulan lepas kami ada terima maklum balas emel daripada seorang hamba Allah. Beliau meluahkan pendapat beliau bahawa tidak elok memanipulasikan kanak-kanak untuk meminta sedekah dan mengaut keuntungan. Sebelum itu, kami ingin memohon maaf jika emel yang kami hantar ini mengganggu tuan puan. Kami cuma menggunakan sistem email blast yang membolehkan kami menghantar emel kepada semua senarai emel yang terdapat di dalam database. Jika tuan puan merasa terganggu dengan emel ini, tuan puan boleh unsubscribe dan tuan puan tidak akan menerima emel daripada kami lagi. Harap tuan puan dapat memaafkan kami sekiranya tuan puan terganggu.

Berbalik kepada topik tadi, sekolah ingin maklumkan bahawa sekolah tidak pernah memanipulasikan kanak-kanak untuk mendapat keuntungan. Ini adalah semata-mata untuk mendapatkan dana bagi membina kompleks tahfiz bagi menggantikan bangunan yang sedia ada. 

Pelajar-pelajar tahfiz ini semua mempunyai ibu bapa, (cuma beberapa orang sahaja anak yatim yang ditanggung sepenuhnya oleh sekolah). Mereka duduk di asrama cuma pada waktu persekolahan (Isnin hingga Jumaat), setiap petang jumaat akan pulang untuk bersama keluarga, kemudian kembali ke asrama pada petang ahad. Bukan seperti yang kita biasa lihat mengutip derma di restoran-restoran dan R&R. Bahkan anak-anak ini semua telah menghafaz banyak juzuk Al-Quran, tidak juga diabaikan silibus akademik seperti sekolah lain dengan harapan mereka menjadi golongan profesional yang menghafaz Al-Quran, mempunyai ilmu agama yang tinggi dan berakhlak mulia. InsyaAllah.

Jika masih ragu, jangan keberatan untuk menyemak tentang maklumat sekolah kami di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Boleh semak maklumat ringkas sekolah di SINI.

Semoga kita semua diberkati Allah, InsyaAllah.


wakaf online di www.waqaftahfizonline.com

Maklumat Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum

Assalammualaikum,

Semoga dipelihara Allah SWT,

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum adalah sekolah yang menempatkan kanak-kanak berusia seawal 7 Tahun hingga 12 Tahun. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Tahfiz Integrasi ini di iktiraf oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Sahabat sekalian boleh menyemak maklumat sekolah kami di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).



 Berikut adalah maklumat sekolah:

Nama: Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum 
Berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
Nombor pendaftaran: (41-123/2011 JHEAINS).

Penaung Kehormat: SS Dato' Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad (Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
Penasihat: Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
Pengerusi: Ustaz Mohd Khairi Zainuddin
Mudir: Ustaz Mohd Fairuz Haji Mohd Isa
Alamat: 3964, Jalan RJ 6/3, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
No telefon: 06-7624270/011-10622324

Mendapat surat kebenaran daripada JHEAINS untuk mengutip derma. 
Rujuk surat "Kebenaran Mengutip Derma Bagi Tujuan Pembinaan Dan Pengurusan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum", 22 Januari 2013 - Bil(41)dlm. PANS 196 (09) 389 / 3 jld 3


Mari sama-sama kita bantu pembinaan kompleks bangunan baru ini berjalan dengan lancar. Agar anak-anak Tahfiz dapat menyambung pengajian mereka dengan lebih selesa dan agar lebih ramai lagi pelajar-pelajar dapat diserap dan didik menjadi ummat yang berguna. Ameen.
Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Sekian. Wassalamua'alaikum w.b.t :)

wakaf online di www.waqaftahfizonline.com

Monday, January 20, 2014

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU)

Untuk makluman, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) diasaskan pada tahun 2008 oleh beberapa orang siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. SRIIDU bermula dengan 6 orang pelajar dengan menumpang di bangunan Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya sebagai tapak awal pendidikanmya. Sehingga kini pada tahun 2013, SRIDDU telah mempunyai 100 orang pelajar.

Ia ditubuhkan di atas kesedaran untuk melahirkan ulama yang menguasai dengan sempurna ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah yang akan memimpin masyarakat pada masa hadapan. SRIIDU dibentuk bukan sahaja berorientasikan pendidikan agama malah mengambil kira pendidikan akademik dan kemahiran yang lain sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam. Ia ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al-Quran melalui pembacaan dan hafazan Al-Quran secara sistematik melalui ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat dan Taranum disamping menimba ilmu akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain.


Kini pelajar-pelajar SRIIDU memerlukan bangunan yang lebih besar dan selesa bagi menampung penambahan pelajar yang sedia ada dan yang akan datang. Atas sebab itu, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk membuat perancangan bagi membina satu kompleks untuk pelajar-pelajar SRIIDU yang diberi nama Kompleks Tahfiz Darul Ulum yang dapat memberikan ruang yang sempurna bagi pelajar-pelajar SRIIDU untuk pembelajaran.

Sebidang tanah telah dibeli menggunakan sumbangan dan waqaf orang ramai yang telah dikumpul sebelum ini. Kini sumbangan diperlukan lagi bagi pembinaan bangunan Kompleks Tahfiz Darul Ulum pula. 






Untuk pengetahuan, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum hanya menggunakan blok bangunan bagi kegunaan pelajar sebagai asrama, kelas dan lain-lain. Diharapkan dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi ruang dan tempat yang lebih selesa bagi pelajar-pelajar yang sedia ada dan bakal pelajar.

Semoga sumbangan ikhlas tuan puan diberkati Allah dan menjadi "harta akhirat" tuan dan puan, InsyaAllah.




Sekolah tahfiz ini merupakan satu-satunya tahfiz akademi, menempatkan kanak-kanak sekolah rendah sahaja waktu ini. Dan merupakan TAHFIZ AKADEMI PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN. Dana dan derma sebanyak RM6 juta diperlukan untuk pembinaan komples ini bagi merialisasikan objektif penubuhan tahfiz ini.

Namun, pihak sekolah juga faham, adalah sukar bagi pihak sekolah untuk mengumpul sebanyak RM6 juta, jadi pihak sekolah telah merancang untuk membina bangunan kecil terlebih dahulu di tanah waqaf yang telah dibeli dengan harga RM500,000.00 (harga asal RM1.2 juta) di Ampangan, Negeri Sembilan. Ini akan membolehkan pihak sekolah memindahkan pelajar-pelajar yang sedia ada ke kawasan yang lebih selesa dan lebih selamat.

Jadi, kami dengan ini memohon agar tuan dan puan menyebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu kewujudan sekolah tahfiz ini, dengan harapan lebih ramai yang memberi sumbangan dan waqaf. Amalan waqaf juga amat dituntut oleh agama Islam dimana pewaqaf mendapat ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya. InsyaAllaInsyaAllah.

Jutaan terima kasih daripada pihak sekolah kepada semua yang sudi membantu.

Semoga sumbangan ikhlas tuan puan diberkati Allah dan menjadi "harta akhirat" tuan dan puan, InsyaAllah.


****************************


Kami juga menerima sumbangan makanan, tajaan anak yatim atau pelajar miskin, buku dan lain-lain. 

AKAUN ATAS NAMA: 
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM
CIMB  : 05070001103103

Untuk keterangan atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Dana: 06-7624270
019-6500927 (Mudir)
019-6644320 (Bendahari)
017-3247987 (Waqaf)

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum memerlukan bantuan/sumbangan dari semua pihak untuk pembinaan Banggunan Kompleks Tahfiz Darul Ulum. Sumbangan dalam sijil waqaf boleh dibuat secara online di www.waqaftahfizonline.com

Like facebook page utk mklumat lanjut >> Waqaf Tahfiz Online

Kami merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan kalian.