Tuesday, May 5, 2015

Gambar Bangunan Baru Sekolah Fasa 1

Hasil sumbangan para sahabat dan masyarakat prihatin... Srii Tahfiz Darul Ulum ini milik wakaf lillah...
- Ustaz Abah MKhairi




Bangunan ini adalah milik pewaqaf. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Tuan dan Puan semua. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua pewaqaf-pewaqaf yang telah memberikan sumbangan waqaf kepada sekolah selama ini sehingga terbinanya bangunan indah ini, menjadi tempat pelajar-pelajar tahfiz menuntut ilmu, tempat guru-guru yang tidak mengenal erti penat dalam mengajar anak-anak tahfiz.

Ini lah saham akhirat kita. Kelak kita bangun dengan segunung pahala yang dapat membantu kita ke syurga, insyaAllah.

Doakan agar lebih ramai khalifah-khalifah Allah yang hafaz Al-Quran lahir dari sekolah ini agar bumi Allah ini penuh dengan kesucian Islam.
Doakan agar pihak sekolah terus kuat dalam meneruskan perjuangan ini.
Doakan agar segala urusan dipermudahkan.

Ayuh, teruskan perjuangan! Teruskan sumbangan untuk pembinaan bangunan Fasa 2 sekolah. Agar sekolah dapat menerima lebih ramai pelajar tahfiz kelak. Ini lah perjuangan kita. Walaupun tak dapat berjuang di medan perang. Ini lah perjuangan kita. Dengan usaha melahirkan lebih ramai pemimpin dan pejuang Islam. 

Semoga Allah membantu kita. Takbir!

***

Boleh layari www.waqaftahfizonline.com untuk berwaqaf secara online (sijil waqaf disediakan) atau secara terus ke akaun sekolah yang berikut:

CIMB 8601074904
(SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ DARUL ULUM)

Semoga kita dirahmati Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment